Kategori Umat Islam

Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum.

Lelaki Pemimpin Wanita

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.  

Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji.  

Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. Anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.

Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya.

Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. Keadaan ini digawatkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja.  

Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang.  Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.   

Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurangnya kaum lelaki memainkan peranan yang berkesan sebagai ketua keluarga dalam memimpin ahli-ahli dalam keluarganya sendiri, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud "Lelaki menjadi penjaga bagi kaum wanita" dan "Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka..."   

10 Peringatan Bumi Kepada Manusia

Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang
hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan
manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka.

Berkata Anas Bin Malik r.a: 
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia
dengan 10 perkara.

Seikhlas Kasih Sayang Yang Abadi

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. 
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi 
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. 
 
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. 
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar 
melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. 
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. 
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. 
Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. 
 
"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil 
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah 
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" 
 
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, 
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, 
lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun air 
mata adik tak tumpah. 
 
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu 
sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan 
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" 
 
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya 
yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup 
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang 
mencucuk-cucuk. 
 
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku 
yang takut berkata benar. 
Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu 
berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!" 
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. 
 
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan 
aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke 
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran 
ke peringkat pra-universiti. 
 
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di 
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita 
cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" 
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Di 
mana kita nak cari duit membiayai mereka?" 
 
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah 
dan ibu. "Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!" 
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan 
merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. 
 
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang 
mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. 
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana 
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" 
 
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa 
keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala 
menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. 
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti." 
 
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia 
membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas 
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat..... 
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari 
kerja dan akan kirim wang buat akak." 
 
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia 
cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk 
ayah. 
 
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada 
pemuda kampung tunggu kau kat luar!" 
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" 
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri 
dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut 
orang kampung, sebutlah adik yang datang!" 
 
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa 
yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" 
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup 
tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas 
bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. 
 
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli 
apa orang lain kata." 
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. 
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai 
gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." 
 
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya 
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. 
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. 
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. 
"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik." 
 
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka." 
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit 
ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. 
 
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan 
serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. 
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk 
bekerja keras." 
 
Apalagi...aku menangis seperti selalu. 
 
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan 
menawarkan jawatan pengurus kepada adik. 
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. 
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." 
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. 
 
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan 
kesedihannya. 
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah 
tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, 
juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" 
 
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas 
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. 
 
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke 
sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya 
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada 
saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat 
kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." 
 
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa 
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya 
sampai bila-bila." 
 
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik 
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

cinta kepada KHALIQ :)

Assalammualaikum, salam ukhuwah.. ingin saya kongsikan sedikit mengenai mengapa cinta Allah yang perlu kita pilih..

1. cinta kepada Allah tidak memilih siapa
Allah tidak memilih cinta dari manusia yang cantik dan kacak paras rupa. cinta Allah juga tidak memilih miskin atau kaya. meskipun hodoh fizikal dan miskinnya seseorang, kasih sayang Allah takkan berkurang. Allah tidak pernah membeza-bezakan dan Allah tidak pilih kasih. segala nikmat dan rezeki masih lagi terus menerus

hatiku sepanjang hayat :)

Assalammualaikum..haa ensem tak lelaki sebelah kiri ni, agak2 cantik tak wanita yg berbaju biru ni?? :)mak abah.. itulah pengarang jantung hati saya.. banyak memberika nasihat... emm kadang-kadang tu kena marah gak.. hmmm biasalah tu.. mak abah selalu saja marah kalau saya wat silap :) hmmm semoga Allah merahmati mak abah.. masa ni kat pusat sains.. hik3.. mak, abah , n saya ja time nih.. memang best sangat.. mak abah... i miss u ... haaa jeles tak bg zeid, kak chaq, chik, tain, jip hehehe.. being a good daughter always come into my mind.. InsyaAllah.. mencari keredhaan Allah sentiasa menjadi pilihan saya.. kejar akhirat bukan kejar dunia.. bak kata sahabat baik saya, kalau kita kejar akhirat, dunia akan mengikuti kita, kalau kita kejar, dunia, akhirat akan pergi, dunia pun akan pergi juga nanti.. hhmm wahai sahabat, sayangilah ibu bapa dan keluarga kalian semua, kerana keluargalah yang akan membantu sekaligus mendoakan kita.. :) Assalammualaikum..

for your views :)

PLURALISME AGAMA: POLITIK, FANATIK DAN REALISTIKProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Isu pluralisme digembar-gemburkan oleh sesetengah media dalam negara ini. Apakah tujuan sebenar, saya kurang pasti. Namun, apa pun dalam dunia terbuka hari ini, isu-isu pemikiran memang tidak dapat dielakkan. Cumanya, dalam membahas isu sebegini, ada yang ikhlas, ada yang berpolitik dan ada yang mengambil kesempatan tertentu.
Jika kita lihat isu ‘Valentine’s Day’, ramai yang membantah atas alasan ia tiada dalam Islam. Menariknya,‘hari ibu’, ‘hari bapa’, ‘hari buruh’, hari pesakit aids dan seumpamanya juga tiada dalam ajaran Islam tapi tidak dibantah. Jika ada yang menyatakan ‘Valentine’s Day’ memberikan kesan negatif kepada masyarakat, sambutan tahun baru dan kemerdekaan pun apa kurang.

Betapa ramai yang mengambil kesempatan pada malam-malam tersebut untuk bermaksiat. Namun, tidak kuat sangat bantahan terhadapnya. Ya, kita bersetuju dengan bantahan sambutan Valentine’s Day untuk orang Islam, namun kita mesti memberikan justifikasi yang jelas. Apabila ada agenda yang tidak jelas, masyarakat akan kehairanan terhadap banyak asas tindakan yang dikaitkan dengan Islam ini.

Saya melihat ada seorang dua yang menulis tentang pluralisme di media tertentu dan seminar mereka ini diwar-warkan oleh media tertentu. MB Kelantan turut dikaitkan dengan pluralisme. Menariknya, ada yang lantang tentang pluralisme ini dalam masa yang sama menganut dan mengiktiraf ‘wahdatul wujud’ ala Ibn ‘Arabi iaitu kesatuan antara Tuhan dan makhluk dalam makam kerohanian. ‘Wahdatul wajud’ ini kepercayaan yang dikongsi oleh banyak agama dalam pelbagai tafsiran. Tidaklah pula mereka menganggap diri mereka telah jatuh ke lembah pluralisme agama. Maka, sekali lagi pelbagai persoalan timbul tentang isu pluralismeyang dibangkitkan oleh kelompok tarekat ini.
Lebih daripada itu, mereka tidaklah lantang ketika tokoh-tokoh politik yang ‘membela’ mereka melakukan upacara ritual agama lain dalam perayaan tertentu. Sebaliknya mereka yang memuja dan memuji tokoh-tokoh politik dengan pelbagai nas agama.
Pluralisme dan Relativisme
Adakah ‘pluralisme agama’ ini kufur atau tidak? Sebenarnya, ini tidak dapat dijawab melainkan kita terlebih dahulu jelas apakah yang seseorang itu faham dari pluralisme agama atau ‘religious pluralism’ tersebut. Jika dia memahami pluralisme itu menganggap semua agama itu sama nilaian di sisi Tuhan, kebenaran itu dikongsi secara bersama atau kebenaran itu relative maka itu pastinya bertentangan dengan akidah Islam dan membawa kepada kekufuran. Ini bererti kefahaman pluralisme ini menyamai kefahaman relativisme.
Namun, jika dia menganggap bahawa pluralisme bererti mengiktiraf kepelbagaian agama, cuba memahami lebih mendalam antara satu sama lain dan bersikap bertolak ansur tanpa menggadaikan prinsip-prinsip akidah Islam terutamanya hanya Islam sebagai agama Allah, maka itu tidak membawa kepada kekufuran. Di sini bererti, kefahaman pluralisme ini tidak sama dengan relativisme yang menganggap kebenaran adalah sesuatu yang relatif.
pluralisme.jpg
 Maka, isu pluralisme ini bergantung kepada tafsiran pihak yang berbicara. Setiap pihak mempunyai kefahaman yang tersendiri tentang hal ini. Diana L. Eck (Harvard University) menyatakan pluralisme tidak sama dengan relativismePluralisme tidak menuntut seseorang meninggalkan identiti dan tanggungjawab. Juga tidak semesti bersetuju dengan semua yang diperkatakan oleh pihak yang lain. Namun bersetuju untuk berbincang, memberi dan mendengar pandangan pihak lain.
Katanya:
“pluralism is not relativism, but the encounter of commitments. The new paradigm of pluralism does not require us to leave our identities and our commitments behind, for pluralism is the encounter of commitments. It means holding our deepest differences, even our religious differences, not in isolation, but in relationship to one another..pluralism is based on dialogue. The language of pluralism is that of dialogue and encounter, give and take, criticism and self-criticism. Dialogue means both speaking and listening, and that process reveals both common understandings and real differences. Dialogue does not mean everyone at the “table” will agree with one another. Pluralism involves the commitment to being at the table with one’s commitments” (http://pluralism.org/pages/pluralism/what_is_pluralism)
Apa yang penting bukan istilah-istilah ini tetapi kepercayaan atau akidah seseorang muslim berkaitan hal ini. Jika dia percaya semua agama adalah berkongsi kebenaran yang sama, atau kebenaran itu sesuatu yang subjektif, boleh dilihat pada dimensi yang berbeza, maka itu pluralisme yang kufur. Jika dia menganggap hanya Islam agama wahyu yang diiktiraf di sisi Allah, namun kepelbagaian agama adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, manusia mesti belajar memahami antara satu sama lain, berbincang dengan cara yang baik, sudi untuk berdialog dan menyemakkan sikap dan tindakan, maka ini tidak kufur. Bahkan itulah yang dilaksanakan oleh sarjana Islam yang terbilang.
Prinsip Islam
Isu ini hendaklah ditangani dengan asas ilmu, bukan dengan fanatik, atau kepentingan politik. Realiti atau hakikat Islam dan kehidupan masyarakat manusia itu hendaklah difahami. Di sini saya sebutkan beberapa asas penting untuk kita fahami;
i. Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah (maksudnya):
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).
Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan.
ii. Pun begitu, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang mereka yakin. Maka Islam menegaskan: (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)” (Surah al-Baqarah ayat 256).
Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:
“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).
Demikianlah ajaran Islam. Jika ibubapa pun tidak boleh memaksa agama anak sendiri, inikan pula orang lain.
islam.jpg
iii. Islam tidak memusuhi pengikut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Bahkan muslim disuruh berbuat baik kepada mereka yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).
iv. Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada agama lain dan pengikutnya seperti mengiktiraf halalnya sembelihan Yahudi dan Kristian dan keizinan berkahwin dengan wanita mereka. Ini disebut dalam Surah al-Maidah ayat 5. Demikian Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada golongan paderi Kristian. Firman Allah:
“..demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82)
v. Islam melarang penganutnya menzalimi penganut agama lain. Perbezaan tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Firman Allah (maksudnya) :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8).
vi. Islam menggalakkan dialog dalam suasana yang harmoni dan baik. Firman Allah (maksudnya).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)
Maka isu pluralisme hendaklah ditangani dengan ilmu, bukan fanatik atau kepentingan politik, tetapi hendaklah realitik dengan asas Islam dan kehidupan manusia.

saya hambar :)

assalammualaikum :) Ya Allah panas hari ni.. smalaman tak tido lansung :) so this is the life of university students.. done my test, final exam just around the corner :) Ahh Ya Allah.. arini makan nasi lauk ayam, -___-" well i eat ayam everyday.. duh... but its okay, saya balik cuti sem nnti boleh makan msakan mak yang sedap sangat2.. no one can compare my mum's cook :)).. Rindunya mak abah .. sejahterahlah kehidupan keluarga kami Ya Allah.. arini last kelas Pn Zuhana.. well she is the best lecturer ever for me.. i love her much.. today is the last class.. :( but i can meet her again... she is really sporting and a bit strict i guess.. :DD.. well.. hmmm what to say?? ... ahhh petang ni nasib da xda koko :)) kelas pun da xda.. out dulu assalammualaikum :)

when SUG turn to OFFICE MANAGEMENT :))

queen of speed typing ... but honestly she is taking surveying science and geomatic.. go ekin go ekin !!!!!

coretan kehidupan pelajar U seperti saya :)

Assalammualaikum :) subhanallah hari ni agak letih.. tetapi luangkan juga lah waktu untuk update blog ni kan :) hmm saja nak ceritakan sedikit coretan hidup saya sebagai pelajar U ni.. dulu ingat lagi masa sekolah menengah, bukan main tak sabar nak masuk universiti, "campus life more better lah", life kat kampus bebas lah ,senanglah.. wah sudah masuk sekarang, memang Allah saja yang tahu betapa banyak dugaannya.. saya ni sejujurnya tak pernah berdikari sebenarnya :) tapi harus cuba jugaklah bila dapat tawaran belajar a.k.a kena stay hostel la kan.. saya ni tak suka sangat hostel, ya lah nk basuh baju sendiri pun lambat hehehe.. hmm masuk ja kampus, macam-macam kerenah pelajar ada, dari yang baik hinggalah teruk sangat.. MasyaAllah.. kat sini semuanya sendiri, nois board pun kita kena hadap tiap2 hari.. sistem pembelajarannya wahh, student kena cari lecturer berbeza betul dengan sekolah.. hmmm permulaanya saya agak lambat, lama kelamaan saya dapat sesuaikan diri Alhamdulillah, dan syukur saya dapat mendekati rakan yang akhlaknya terjaga dan rakan yang sentiasa membantu saya tak kira waktu :) belajar belajar belajar.. ingin saya kongsikan, bijaklah memilih rakan yang baik semasa berada di U nanti kerana pengaruh rakan sebaya amat kuat, ini kerana kita berjauhan dengan keluarga, ibu bapa pun tak dapat nak pantau anak-anak setiap masa. joinlah group2 usrah yang ada InsyaAllah anda tidak terpesong.. Semoga berjaya Assalammualaikum :)

my roomate ever :)

ini lah roomate yang selalu bsamaku.. walaupun lain kos, kami tetap bkongsi cerita masing-masing.. dari semester 1 lagi kami dah sama bilik. gaduh-gaduh tu biasalah bukan lama pun. biar saya kenalkan secara ringkas je lah...ekin, yang kiri sekali tuh, dia ambil kos sains geomatik, adess asyik melekat dengan math saja kan, hehe yang tengah tu aten, amek kos building :) yang kanan sekali senah :) dia pula amek kos ukur bahan :) 3 orang roomate saya ni kosnya semua tough kan.. saya ja amek office management :) tapi semua kos bersangkutan, itu yang menariknya :) harap sem depan dapat bilik yang sama lagi yea :) saya sentiasa doakan yang terbaik untuk roomate saya, bagi saya, roomate adalah teman yang paling akrab dalam hidup saya.. semoga mereka dirahmati oleh-Nya ..

Anugerah Solehah Yang Tinggi


"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?


Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Harta Paling Berharga
Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

persahabatan amat bermakna bagi saya :)

assalammualaikum, saya masih baru dan saja meluang masa blog ni.. :) persahabatan.. tidak kira lelaki atau perempuan, persahabatan terjalin.. kawan baik, rakan kelas, roomate, rakan biasa, itu tergolong dalam persahabatan. namun sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat, sejauh mana kita bekorban demi persahabatan.. bolehlah dikatakan sahabatlah tempat kita mengadu masalah kita dan bukan keluarga sendiri.. mengapa? haa.. ini sebab rakan selalu memahami kita? tetapi rasanya keluarga lebih kenal siapa kita.. itu bergantung kepada individu itu.. hmm tetapi persahabatan saya bersama I ni tak lama rasanya.. Walllahualam dia marah atau mungkin tidak senang dengan saya.. saya tertanya-tanya kenapa dia begitu.. sms tidak balas, mungkin sibuk barangkali, sekarang peperiksaan akhir semakin hampir.. I sedang menelaah.. tetapi wajar ke dia tinggal begitu sahaja persahatan yang terjalin sejak kami semester 1 lagi.. sudah terbukti ikatan silaturrahim tidak boleh dilenyapkan.. saya cuba memahami,, setiap kali bertemu Allah, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan I dan keluarganya.. itu sahaja yang boleh saya lakukan.. begitu aneh juga lah saya ini lebih cenderung kepada sahabat.. :) ini kerana sahabatlah yang menjadi kekuatan saya selain keluarga, sahabatlah yang menjadi contoh terbaik saya, sahabatlah tempat saya berkongsi ilmu, masalah dan pendapat dari semua aspek kehidupan.. seronok jika dapat bertukar padangan terutamanya mengenai Islam yang indah ini.. saya sentiasa berusaha ke arah kebaikan. Alhamdulillah dengan berkat Allah, saya dapat berubah sedikit demi sedikit.. aurat mula tertutup rapi, pergaulan juga cuba saya batasi, jauhi ikhtilat, MasyaAllah.. Allah semakin dekat dengan diri saya, kini saya amat mencintai Allah dan juga Rasulullah pesuruh Allah, di mana pun kita berada, pastikan Allah di hati kita agar kita sentiasa dilindungi dan diberkati oleh-Nya.. InsyaAllah.. manusia boleh berubah, tetapi kita perlu berusaha, pada peringkat perubahan saya ini, memang dugaannya ada, "Dah jadi ustazah ke?" "Dah alim sekarang.". saya hanya tersenyum, mencari keredhaan Allah memang ada dugaannya tetapi kita harus tahu Allah sentiasa bersama orang-orang yang mencari keredhaanNya.. berbalik kepada persahabatan tadi,,, bersahabatlah dengan penuh ikhlas, seikhlasnya... Assalammualaikum