cinta kepada KHALIQ :)

Assalammualaikum, salam ukhuwah.. ingin saya kongsikan sedikit mengenai mengapa cinta Allah yang perlu kita pilih..

1. cinta kepada Allah tidak memilih siapa
Allah tidak memilih cinta dari manusia yang cantik dan kacak paras rupa. cinta Allah juga tidak memilih miskin atau kaya. meskipun hodoh fizikal dan miskinnya seseorang, kasih sayang Allah takkan berkurang. Allah tidak pernah membeza-bezakan dan Allah tidak pilih kasih. segala nikmat dan rezeki masih lagi terus menerus
diberikan meskipun maksiat manjadi pilihan. selama kita hidup Allah tidak pernah menerik nikmat oksigen kepada kita meskipun kita telah membuat maksiat sebentar tadi. itulah sifat Allah yang Maha Pemurah.

2. cinta Allah balasannya syurga firdaus
terhad cinta kita kepada manusia mungkin hanya mendapat hadiah yang kita sukai seperti jam tangan, kasut dan sebagainya. suka tidak kalau saya katakan bahawa mencintai Allah itu hadiahnya lebih lumayan daripada pemberian manusia yang bersifat duniawi. pastinya nilai syurga itu lebih besar dari segala isi di dunia ini

3. cinta Allah mendorong kita mencintai Rasulullah
ketika kewafatan Rasulullah, para sahabat terkejut sehingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kepada baginda. padahal kematian itu penghujung kepada kematian. fenomena ini berlaku kerana cinta yang amat tinggi kepada Rasulullah. cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka.
kerana besarnya cinta mereka kepada Allah mendorong mereka untuk mencintai Rasulullah. firman Allah:
"Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Al-Imran, 3:31)

4. cinta Allah akan mendorong kita mencintai manusia
apabila kita mencintai Allah, kita akan turut secara tidak lansung mencintai manusia di sekeliling kita sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah. kecintaan kita pada manusia bukan semata-mata mengucapkan 'I love U' atau ungkapan-ungkapan cinta, tetapi pembuktian cinta kita adalah dengan menjauhkan dirinya dari jurang neraka yang menghampiri. ini dapat dianologikan seperti kita yang menyelamatkan saudara kita yang tidur dari api yang marak di dalam rumah yang terbakar. semestinya kita tidak akan sanggup membiarkan mereka terus terbakar hangus tetapi kita sedaya upaya menyelamatkan mereka.

HAKIKAT CINTA INI
Sebagaimana hakikat percintaan sesama insan, cinta Allah hakikatnya penuh ranjau dan duri. untuk mencintai Allah, kita akan diuji. itulah sunnah bagi janlan orang-orang yang terus meletakkan cinta Allah sebagai cinta teragung. kalau dibiarkan manusia mengaku Islam dan cintakan Allah sekadar di lidahnya sahaja, maka tidak wujudlah perbezaan di antara beriman atau munafik, tetapi kepahitan dan ujianlah yang membezakan samada kita yang benar atau berdusta.
Kalau asyik memikirkan cinta manusia, bagaimanakah kita hendak memikirkan cinta Allah yang tidak berpenghujung

dipetik daripada majalah Sinergi :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan